Friday, 11 November 2011

Pasal TANDATANGAN

Semua orang ada TANDATANGAN x kire la mcm mana btknye..TANDATANGAN dikatakan satu kewjipan yg perlu ada dalam diri seseorang. Siapa yg x ada TANDATANGAN? Atau x ade tangan? Cube angkat tangan? Korang tau ke ape itu TANDATANGAN atau versi BI nyer SINGNATURE? Ia bukanlah satu tanda yg ada kt tangan korang..like mcm tanda lahir atau tander cat…tapi ia merupakan satu btk yg unik melambangkan identiti seseorang; biasanya dihasilkan dari nama korang sendiri…Susah x nk reka TANDATANGAN? Hah? Sampai 3hr 4mlm x tido? Biar betul??...klu mcm tu, korang sambung la wat TANDATANGAN smpai korang rasa puas hati……=p

Betul ke TANDATANGAN boleh dicopy-paste??Zaman sekarang ni, semuanya bleh disalin-semula!!Bahayanye……terutamanya bl ada orang menyalahgunakan TANDATANGAN kite bg tujuan yg “tidak sah”…mcm open cek, tulis surat, sain kontrak dll..klu ianya mendatangkan benefit kt diri n organisasi kita, blh la terima…but,klu ia sebaliknya??silap haribulan kita yg kena tanggung beban…jd kes polis, msk penjara, naik turun mahkamah..hanya gara2 kesilapan kecil MENANDATANGAN dokumen yg bukan2…Oleh itu, buatlah satu kelainan pd TANDATANGAN korang…bak kata pepatah “sayang kucing disusukan, sayang anak
ditangan2kan”..=)

Thursday, 27 October 2011

Isu Minimum GAJI


Baru2 ni ada isu psal GAJI yg mana Maj. Penetapan Gaji (MPG) mencadangkn penetapan minimum GAJI adalah sbyk RM1,500 (1.5k), oleh kerana ini hyalah cdgn, msih blm mendapat kata putus dr pihak berkenaan. Sebenarnya, jika dilihat pd hr ini, mmg WAJAR sgt2 GAJI plg sikit RM1.5k..Ini kerana mereka yg berGAJI RM1.5k sebulan dilindungi oleh Akta Kerja 1955. But..cdgn ini berpihak kpd pekerja sektor GOMEN yg sememangnya seringkali mendapati byk manfaat spt elaun COLA & elaun Perumahan tidak spt sektor PRIVATE yg sukahati meletakkn GAJI tanpa mengira gred, tahap pendidikan & ada some company lgsung xpandang pn smua tuh…pilih bulu, diskriminasi kaum & pentingkn experience diutamakan, da tuh klu xder experience, tlg la bg peluang kerja utk mereka.. =(

Menurut Seksyen 2, Akta Kerja 1955, GAJI atau UPAH didefinisikan sebagai upah pokok dan semua pembayaran lain dgn wang tunai kpd pekerja bg pekerja yg dibuat mengenai kontrak perkhidmatannya; “GAJI ASAS + PEMBAYARAN TUNAI, tidak termasuk (a) hingga (f) .” Maksud ini terpakai bagi Akta 732 – Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Dlm Akta, tiada jumlah khusus penetapan GAJI minimum. Ia hya memperuntukkan definasi, cara pembayaran, potongan, sistem trak dan keutamaan upah shj. Mybe, itu yg sewenang-wenangnya sesetengah company suka2 tetapkn sendiri GAJI staff dia…Huhuh =(

Berdasarkn kajian yg dijlnkan di company PRIVATE area kwsn perindustrian Senai, Johor..hasil kajian sy mendapati GAJI yg ditawarkn di kbykan company especially “COMPANY LOCAL” masih menetapkn basic GAJI yg rendah kurang RM1k sebulan, korang bleh tgk jadual berikut :-

TAHAP PENDIDIKAN PENETAPAN GAJI

SPM Start RM500 – RM1,500
STPM, DIPLOMA Start RM800 – RM3,000
DEGREE Start RM1,500 – RM5,000
MASTER, DEGREE++ Start RM1,800 – RM7,000
PhD, PROF LEVEL Start RM2,000 – RM10,000


Oleh itu, sbg seorang yg “makan GAJI”, sy ingin mencadangkn supaya pihak berkenaan menetapkan semula GAJI bg sektor SWASTA seiring dgn sektor GOMEN, b’coz terlalu beza GAJI antara kedua-dua sektor ini..Bukanlah x b’syukur dgn GAJI yg diberi majikan, cuma..kadang2 simpati n kesian pd mereka yg “keje separuh mati” tp menerima GAJI hanya “CUKUP MAKAN”… =( Bila sebut psal GAJI jgak, msti dikaitkan dgn PERBELANJAAN…Mana x nye, bl tb GAJI je, mcm2 nk bayar, hutang rumah, kereta, blanje dapor, anak, bini, blm msk lg bil2 yg tertunggak..so, antara PERBELANJAAN lazim sekeluarga adalah seperti :-

PERBELANJAAN NILAI (RM)

Rumah RM 200 – 600
Kereta RM 400 - 800
Belanja Dapur RM 200 - 400
**Nafkah Anak RM 100 - 400
**Nafkah Isteri RM 100 – 400
**Nafkah Ibu RM 100 – 300
Bil2 Utiliti RM 100 - 300
Lain-lain Belanja RM 100 - 300


Nota : ** Sekiranya ada Pehh…byk nyer nk kena tolak, ini blm masuk simpanan ASB, byr INSURAN, maintenance, Hutang AHLONG…bg lelaki, jgn lupa 10% dari GAJI hendaklah diberikan kpd IBU mereka sbgai nafkah…So, bygkn ler GAJI kita yg RM1k sebulan…baru seminggu dpt GAJI, smua duit da hbis….jwbnye “MAKAN PASIR” la nti!!

P/S : Sekarang harga BARANG smakin NAIK, GAJI satu sen susahnye nk NAIK!!!

Kisah HUJAN

Dekat2 nk hujung kalendar or cuti sekolah (bg budak or cikgu sekolah je la), selalunya dikaitkan dgn musim HUJAN, xlupa jgak musim ORG KAHWIN…jd time ni klu sape2 nk BISNES payung, baju hujan atau sampan amatlah dialu2kn…n bg sape2 yg nk wat JEMPUTAN KAHWIN tu, tlg tambak jalan bg tinggi, nti banjir or lecak time kenduri sbb HUJAN, org pn xramai nk dtg…petua org dulu2 pn ckp, “baling baju pengantin atas bumbung utk elakkan HUJAN pd hr tersebut”, tp klu TUHAN nk turunkan HUJAN, tetap basah jgak,kn??

Beberapa istilah penting berkaitan dgn HUJAN seringkali didengar antaranya ialah…

a) Kumpulan indie yg bleh tahan popular, HUJAN

b) Jgn nyanyi kuat2, nti HUJAN

c) Maknyer oit, angkat jemuran…HUJAN da turun

d) Alamak, hr nk HUJAN, cpt2 lari cr port teduh

e) Sediakan payung sebelum HUJAN

f) Hati2 drive, jln licin sbb HUJAN

g) Jgn lupe spare baju HUJAN kt basket motor

h) HUJAN yg turun bagaikan airmata…

i) Jgn main HUJAN, nti demam

j) HUJAN dikaitkan dgn petir, guruh, kilat n banjir

k) Skrg musim HUJAN, untung xyah basuh kereta

l) Switch off tv, radio, laptop, tel bile HUJAN

m) Sedapnya tidur time HUJAN, zzzz…

n) Time HUJAN jer lapar, msti nk makan

o) Pepatah HUJAN emas dinegeri org, HUJAN batu dinegeri sendiri

p) Dan…Disatu situasi lain2 daerah :-

A : Asyik HUJAN pagi jer, nk g menoreh pn payah!!

B : Panasnya skrg, bila la nk HUJAN nie…kesian mak minah hr2 kena pakai sunblock!!

Pendek kata, HUJAN tu satu rahmat TUHAN yg sgt2 indah, syukur Alhamdulillah..Malaysia ni ada 2 musim, PANAS N HUJAN, Klu dibeberapa Negara yg ada salji, kemarau, malam/siang berpanjangan…maka kita pasti berasa amat “jakon” bila HUJAN turun…=)

P/S : Bila la HUJAN nk stop ni, aku nk balek keje da,perut lapor plak tuh….huhuh =S




Subjek Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS)



HRIS..adalah singkatan kpd HUMAN RESOURSE INFORMATION SYSTEM atau versi BM Sistem Maklumat Sumber Manusia (SMSM)…Kod Subjek SHP 3423 Yg mana subjek ni yg sy ambil for this semester, UTM..Kelas setiap AHAD di BK7, FPPSM, UTM ini baru bermula 16 Okt yg lalu diajar oleh DR. NUR NAHA yg sweet n nice lecturer..=)

Oleh kerana subjek ni lebih kepada SISTEM MAKLUMAT, maka sejujurnya sy masih blur2 lg, klu x silap pernah belajar masa diploma thn 2004/05 dulu..tp, da lupa..kn MANUSIA tu mmg PELUPA!!he3

Utk makluman, kami dibahagikan kpd beberapa kumpulan utk memudahkan membuat assignment, discussion n mudahkan dpt nota…cerita psal nota, setelah seminggu tunggu punya tunggu nota dr ketua group still xdpt lg (sehingga cerita ini ditulis), Jadi sy pn aper lg godeh2 la mana2 sumber2 nk tau aper la HRIS tu, cr info kt google taip HRIS, carik blek buku2 diploma (tu pn klu simpan lg..

takut da kena gigit tikus!!), n tya kt CC..Cik Ct, adik sy yg ngah blajar IT tu, kot2 dia bleh tlg ke…he3

Mengikut kepahaman sy, SMSM merupakan satu kombinasi yang terdiri daripada sistem maklumat berasaskan komputer (meliputi perkakasan, perisian dan rangkaian) dan pengurusannya dikendalikan oleh manusia bermula dari proses kewujudan, pengumpulan, pemprosesan dan pengagihan data kepada bentuk yang diperlukan (softcopy or hardcopy).

Pehh.. jenuh jgak nk faham!! =S


Dengan adanya sistem maklumat ini, ia dapat membantu pengurusan PSM menjadi lebih berkesan dan cekap di dlm menguruskan rekod-rekod organisasi. Di samping itu, sistem ini berupaya utk menghasilkan laporan-laporan penting yg diperlukan oleh organisasi dan pihak luar. Antara 4 aktiviti utama yang dilakukan oleh PSM ialah:

• Pengambilan dan pengupahan staf.
• Pembangunan dan latihan staf.
• Pengurusan data staf.
• Pemberhentian & pemberian faedah staf.

Oleh itu, organisasi yg mempunyai SM ini dikatakan organisasi yg dpt mengurus sumber manusianya dgn baik. Jd kepada mana2 organisasi yg blm amalkan SM, cepat2 la laksanakan supaya ia membantu perjalanan menguruskan organisasi ke arah yg lebih cekap dan efisyen. Waw =)

Apa itu BLOG??


Korang tau ke BLOG tu apa sebenarnya??Klu tgk kt pasaran, kedai ‘cool blog’ byk ler, sedap btul ‘chocolate’ flavor die..nyum2!!tp, bile disuruh buat blog, xkn la nk tubuhkan kedai plak? Klu free xperla, ini modal satu sen pn xder..he3

Lalu, aper lg teropong ler google, cr ape benda ‘blog’ tu..yg plg byk n popular ialah ‘blogsport’..yg penting, free..then, bl da godeh sana-sini, so try la wat plak..n inilah hasilnye yg xseberapa..maklumla, sy budak baru belajar, klu salah tlg tunjukkan….=)

Tertanya2 jgak, apa tujuan blog ini dihasilkan? Adekah dia mcm ‘cool blog’ yg sememangnye cool? Atau mcm si muka buku ‘facebook’ tu? Atau dia mcm majalah hot ‘mangga’? uisyhh..xkn la plak smpai mcm tujuan blog ni diwujudkan…

Just to share, in my opinion, BLOG ni mcm satu penulisan / hasil karya yg dibuat secara kreatif di mana ia boleh digunakan secara peribadi (like diary) atau boleh dijadikan saluran pemasaran utk mengiklankan apa2 produk or perkhidmatan secara xlangsung bleh menjana pendapatan melaluinya…wahh, blog bleh wat duit..jgn x caye plak, ramai jutawan internet hanya menggunakan blog sebagai urusan perniagaan kelas pertama!!


Dan harus diingat, jgn salahgunakan blog bg tujuan xbermoral, maklumlah, hr ni smua maklumat nk publish kt smua org, bg glamer, kn???Jd, silap hr bulan, anda akan didakwa dibwh Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Kanun Keseksaankerana menyalahgunakan media elektronik & penggunaan tek. maklumat..So, beringat sblm kena…hati2 ader yg perhati =)

Tuesday, 25 October 2011

Siapa Saya...

Di satu situasi...

A : Hai, nama awk sape?
B : Nama sy OYA..
A : Ait, pendeknye nama...klu mcm tu awk pggil sy CT la..
B : Ok..nti kita b'kenal2 lan lg ye...bye!!

Simple!Mula perkenalan msti org akan tya nama dulu...then, latar belakang, persekolahan, pekerjaan seterusnya family...so, just intro sikit psal myself...sikit je tau...x moh lebih 400 word..nti jenuh org nk baca karangan sy nti..heheh

Nama penuh mengikut IC, NORHIDAYAH anak kepada pasangan EN.JUM'AT BIN TEMU dan PN.NURUL HUDA BT ISMAIL, Berasal dari SENAI, JOHOR, Dilahirkan di HSAJB pada 14 Okt 1985, So now umur baru je masuk 26tahun (tak berapa tua sgt la...), Telah BERUMAH TANGGA dgn seorang jejaka hensem yg berasal dari pantai timur, bernama EN.MOHD ROZANI BIN MOHD NOOR dan dikurniakan seorang cahaya mata yg sgt comel lagi bijak iaitu NUR AIMI DHANIAH..skrg si comel da 2thn ++..xlama lg da nk sekolah...=)

Panggilan keluarga 'ALONG' menunjukkan sy ANAK SULUNG kpd 4 org adik-beradik perempuan, Ramai memanggil sy DAYA, Ada yg memanggil YAYA, x kurang kwn2 rapat memanggil DOYOT dan paling glamer dengan gelaran OYA...dan, yg sekarang menjadikan nama ZANIYA yg merupakan singkatan dari ZANI+OYA..sebagai nama blog sy..=)

Mendapat pendidikan awal di SK SENAI, kemudian sekolah menengah di SMK TAR PUTRA, KULAI sehingga Ting.3, dan mendapat tawaran ke SM(T) PERDAGANGAN, JB sehingga tamat Ting.5..Kemudian berhijrah ke SELANGOR utk melanjutkan pelajaran di peringkat DIPLOMA di POLI SHAH ALAM (PSA), dan sekarang masih menghabiskan sisa2 terakhir pengajian IJAZAH secara part time di UNI TEK MALAYSIA (UTM), SKUDAI...menanam azam ingin belajar sehingga ke peringkat yg lebih tinggi..InsyaAllah =)

Lagi nk cerita ape ye?ehmm...sy tinggal di SENAI, keje biase2 je..kuli kt area SENAI jgak...smbil tu ade jd suri rumah n wat bisnes part time..b'cita2 memiliki perniagaan sendiri...amin...doakan ye =)





Tentang minat plak, sy sebenarnya suka sgt MENGUMPUL SETEM, sejak dr tadika lg tau!!Suka melakukan OUTDOOR AKTIVITI seperti perkhemahan, jungle tracking, panjat gunung, mandi laut n g pulau..jgn x caye, sy da menawan GUNUNG TAHAN pada 09-09-1999, iaitu semasa sy berumur 14 tahun lagi...best!!

Itulah sedikit sebanyak tentang MYSELF..klu nk tau lebih lanjut, boleh hubungi sy di alamat email; mies207@gmail.com atau edaya85@ymail.com, xpun cari dlm fbook taip EDAYA OYA..senang,kn? Sekian dari sy...
SALAM PERKENALAN & SALAM SATU MALAYSIA!!

Friday, 21 October 2011

Testing...testing...123....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia....

uiisyyhhh..penat godeh google, yahoo, fb, magazine, paper, book dan mcm2 nota...dok cari cm ner nk wat blog nie..last2 tanye la pada "CC".. Cik Ct Mysara ler...my sister yg ngah study IT..mmg dlm hadis Nabi Muhammad s.a.w. (bermaksud);
“Sesiapa merentasi satu jalan untuk mencari suatu ilmu, nescaya Allah akan mudahkan untuknya jalan ke syurga” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
Hadis ini secara zahirnya menjelaskan fadhilat mencari ilmu...jd x boleh putus asa...(walaupun dulu da tau asas buat blog)...tp, manusia tu x lari dr sifat pelupe..he3
Sekian dulu utk intro 1st kali ni..bak kate Wonder Pet..aper yg penting, kerjasama... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...