Thursday 27 October 2011

Isu Minimum GAJI


Baru2 ni ada isu psal GAJI yg mana Maj. Penetapan Gaji (MPG) mencadangkn penetapan minimum GAJI adalah sbyk RM1,500 (1.5k), oleh kerana ini hyalah cdgn, msih blm mendapat kata putus dr pihak berkenaan. Sebenarnya, jika dilihat pd hr ini, mmg WAJAR sgt2 GAJI plg sikit RM1.5k..Ini kerana mereka yg berGAJI RM1.5k sebulan dilindungi oleh Akta Kerja 1955. But..cdgn ini berpihak kpd pekerja sektor GOMEN yg sememangnya seringkali mendapati byk manfaat spt elaun COLA & elaun Perumahan tidak spt sektor PRIVATE yg sukahati meletakkn GAJI tanpa mengira gred, tahap pendidikan & ada some company lgsung xpandang pn smua tuh…pilih bulu, diskriminasi kaum & pentingkn experience diutamakan, da tuh klu xder experience, tlg la bg peluang kerja utk mereka.. =(

Menurut Seksyen 2, Akta Kerja 1955, GAJI atau UPAH didefinisikan sebagai upah pokok dan semua pembayaran lain dgn wang tunai kpd pekerja bg pekerja yg dibuat mengenai kontrak perkhidmatannya; “GAJI ASAS + PEMBAYARAN TUNAI, tidak termasuk (a) hingga (f) .” Maksud ini terpakai bagi Akta 732 – Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Dlm Akta, tiada jumlah khusus penetapan GAJI minimum. Ia hya memperuntukkan definasi, cara pembayaran, potongan, sistem trak dan keutamaan upah shj. Mybe, itu yg sewenang-wenangnya sesetengah company suka2 tetapkn sendiri GAJI staff dia…Huhuh =(

Berdasarkn kajian yg dijlnkan di company PRIVATE area kwsn perindustrian Senai, Johor..hasil kajian sy mendapati GAJI yg ditawarkn di kbykan company especially “COMPANY LOCAL” masih menetapkn basic GAJI yg rendah kurang RM1k sebulan, korang bleh tgk jadual berikut :-

TAHAP PENDIDIKAN PENETAPAN GAJI

SPM Start RM500 – RM1,500
STPM, DIPLOMA Start RM800 – RM3,000
DEGREE Start RM1,500 – RM5,000
MASTER, DEGREE++ Start RM1,800 – RM7,000
PhD, PROF LEVEL Start RM2,000 – RM10,000


Oleh itu, sbg seorang yg “makan GAJI”, sy ingin mencadangkn supaya pihak berkenaan menetapkan semula GAJI bg sektor SWASTA seiring dgn sektor GOMEN, b’coz terlalu beza GAJI antara kedua-dua sektor ini..Bukanlah x b’syukur dgn GAJI yg diberi majikan, cuma..kadang2 simpati n kesian pd mereka yg “keje separuh mati” tp menerima GAJI hanya “CUKUP MAKAN”… =( Bila sebut psal GAJI jgak, msti dikaitkan dgn PERBELANJAAN…Mana x nye, bl tb GAJI je, mcm2 nk bayar, hutang rumah, kereta, blanje dapor, anak, bini, blm msk lg bil2 yg tertunggak..so, antara PERBELANJAAN lazim sekeluarga adalah seperti :-

PERBELANJAAN NILAI (RM)

Rumah RM 200 – 600
Kereta RM 400 - 800
Belanja Dapur RM 200 - 400
**Nafkah Anak RM 100 - 400
**Nafkah Isteri RM 100 – 400
**Nafkah Ibu RM 100 – 300
Bil2 Utiliti RM 100 - 300
Lain-lain Belanja RM 100 - 300


Nota : ** Sekiranya ada Pehh…byk nyer nk kena tolak, ini blm masuk simpanan ASB, byr INSURAN, maintenance, Hutang AHLONG…bg lelaki, jgn lupa 10% dari GAJI hendaklah diberikan kpd IBU mereka sbgai nafkah…So, bygkn ler GAJI kita yg RM1k sebulan…baru seminggu dpt GAJI, smua duit da hbis….jwbnye “MAKAN PASIR” la nti!!

P/S : Sekarang harga BARANG smakin NAIK, GAJI satu sen susahnye nk NAIK!!!

1 comment:

  1. Saya belajar lagi..kang dah kerja nak bayar utang belajar pulak..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...