Thursday 27 October 2011

Subjek Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS)



HRIS..adalah singkatan kpd HUMAN RESOURSE INFORMATION SYSTEM atau versi BM Sistem Maklumat Sumber Manusia (SMSM)…Kod Subjek SHP 3423 Yg mana subjek ni yg sy ambil for this semester, UTM..Kelas setiap AHAD di BK7, FPPSM, UTM ini baru bermula 16 Okt yg lalu diajar oleh DR. NUR NAHA yg sweet n nice lecturer..=)

Oleh kerana subjek ni lebih kepada SISTEM MAKLUMAT, maka sejujurnya sy masih blur2 lg, klu x silap pernah belajar masa diploma thn 2004/05 dulu..tp, da lupa..kn MANUSIA tu mmg PELUPA!!he3

Utk makluman, kami dibahagikan kpd beberapa kumpulan utk memudahkan membuat assignment, discussion n mudahkan dpt nota…cerita psal nota, setelah seminggu tunggu punya tunggu nota dr ketua group still xdpt lg (sehingga cerita ini ditulis), Jadi sy pn aper lg godeh2 la mana2 sumber2 nk tau aper la HRIS tu, cr info kt google taip HRIS, carik blek buku2 diploma (tu pn klu simpan lg..

takut da kena gigit tikus!!), n tya kt CC..Cik Ct, adik sy yg ngah blajar IT tu, kot2 dia bleh tlg ke…he3

Mengikut kepahaman sy, SMSM merupakan satu kombinasi yang terdiri daripada sistem maklumat berasaskan komputer (meliputi perkakasan, perisian dan rangkaian) dan pengurusannya dikendalikan oleh manusia bermula dari proses kewujudan, pengumpulan, pemprosesan dan pengagihan data kepada bentuk yang diperlukan (softcopy or hardcopy).

Pehh.. jenuh jgak nk faham!! =S


Dengan adanya sistem maklumat ini, ia dapat membantu pengurusan PSM menjadi lebih berkesan dan cekap di dlm menguruskan rekod-rekod organisasi. Di samping itu, sistem ini berupaya utk menghasilkan laporan-laporan penting yg diperlukan oleh organisasi dan pihak luar. Antara 4 aktiviti utama yang dilakukan oleh PSM ialah:

• Pengambilan dan pengupahan staf.
• Pembangunan dan latihan staf.
• Pengurusan data staf.
• Pemberhentian & pemberian faedah staf.

Oleh itu, organisasi yg mempunyai SM ini dikatakan organisasi yg dpt mengurus sumber manusianya dgn baik. Jd kepada mana2 organisasi yg blm amalkan SM, cepat2 la laksanakan supaya ia membantu perjalanan menguruskan organisasi ke arah yg lebih cekap dan efisyen. Waw =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...